SELAMAT TINGGAL SAHABAT
Saturday, October 23, 2010
SELAMAT TINGGAL SAHABAT
Sunday, August 29, 2010
pas bke pose td dpt 1 panggilan yg dia telah menghembuskan nafasnya yg trakhir....
innalillah.....aku trsentap kjap....wlaupn saudara jauh,aku mmg x sngka bnda ni jd kt family aku...sme2 sedekahkn al-Fatihah utknya......
blk dr bke pose td,seseorg suh aku tgk blog..ktanya de org komen...
aku pn cpt2 la bca...aku sangkakn org lain...aku pn psiko la lam status YM aku....tgk2 org len yg respon....yela kn,spe mkn cili dia r trasa pedasnya....
betina sialan 2 upenya...trgelak aku sorg2....yg xde kne mngena lngsng lak sebok kecoh2...mmg mke pmpuan x malu kn....
tau la bkas kekasih dia....no wonder dia ditinggalkn slalu...
dgn prangai dia cm2...
krenya taktik aku suh org 2 mnyerah dri berjaya la..haha...
keyakinanku..kepercayaanku..keikhlasanku..dan cintaku hanya milik Allah..peliharalah daku agar sentiasa menjadi hamba yang solehah..
Posted by iz_itachi.. at 5:01 AMselangkah kita rapat kepada-Nya seribu langkah Allah datang kepada kita
jangan putus harapan dengan rahmat Allah..
sekadar renungan kita bersama...
Aku minta kepada ALLAH setangkai bunga segar,.......
DIA memberi kaktus berduri,.......
Aku minta kupu2,........
Diberikan ulat berbulu,......
Aku sedih dan kecewa,......
Namun kemudian,kaktus itu berbunga,indah sekali,......
Dan ulat itupun menjadi kupu2 yang cantik,.......
Itulah jalan ALLAH,........
Indah pada masanya,......
ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan,......
Tetapi memberi apa yang kita perlukan,......
Kadang kala kita sedih,kecewa,terluka......
Tapi jauh diatas sana.....
DIA sedang mengatur yang terbaik untuk kehidupan kita....
sesungguhnya janji ALLAH itu benar..
Jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya.Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, entu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah(dlm hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi,mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya,tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah(dlm hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu),
sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak.
Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,mungkin diakhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk."
"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib;tidak ada yang mengetahuinya kecuali dia sendiri,dan dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering,melainkan tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)"
Al-An’am:59
Cinta itu duniaku,lalu kutulis tentangnya,tentang kemabukan rasa,keindahan rupa,kerinduan yg terbina jga liku2 dijalanannya!
Posted by iz_itachi.. at 3:57 AMSepi itu seolah-olah menjarakkan kita..aku takut kau kehilanganku dan begitu juga sebaliknya.. dahulu aku tak pernah mengerti perasaanmu, kulewati hari2 tanpa mu,kini aku terlalu mengharapkan kasihmu, baru kutahu betapa pentingnya dikau berada di sisiku..saat aku ketemu sebuah erti cinta yg sejati darimu,perasaan cinta datang bergelora,membuat detak jantungku berhenti seketika....Ketegasan pendirian yang kau miliki membuatkan aku jatuh cinta dlm diam..Tapi aku tak berani utk mengungkapkannya...Masih malu rasanya untuk menyatakan cinta ini..
Sayang,
secebis kerinduan kukirimkan buatmu,dgn harapan agar secebis ini menjadi selautan dan selautan ini menjadi saksi seluruh alam,kuharap kau memahaminya...cinta dalam diriku kini mulai bersemi kembali kerana dirimu menyuburkan rasa cinta yang sekian lama tidak bernyawa...bukalah pintu hatiku ini..telah lama aku menunggu..telah lama aku merindu..datanglah kasih..berikan sentuhan mu..warnakan hari ku..limpahkan kasih sayang mu..
Ku pendamkan hasrat hati yg menyintaimu krn aku bimbang dikau tak sudi menerimaku ini seadanya,namun baru kini kutahu hanya diriku yg sering bertakhta di hatimu..ada sesuatu yang berharga tersimpan utuh buat dirimu.Sesuatu yang sukar utk dijelaskan dengan kata..Hanya perasaan yg mampu mentafsirkannya dengan rasa....Bersyukurku pada Ilahi kerana pertemuan tak terduga ini membawa seribu makna,membawa sejuta harapan buat kita untuk hidup bersama selamanya...
Kasih,
kita akan bersama menuju kegemilangan,mengharungi rintangan yg mendatang dan percayalah padaku,aku akan setia menanti hadirnya dirimu!Saat awal kau katakan sayang..Telinga ini seakan meledak bergetar.Fikir otakku bimbang menjadi tenang..Semoga IMPIAN KASIH kita akan berpanjangan dan diberkati selamanya...Betapa hati ini bahagia walau kita sering berjauhan..walau kau jauh di mata,tiada kulupa walau sedikit perihal setiamu terhadap aku!
kuharap agar engkau dapat mengertikan sifat peribadiku ini seadanya...
Walaupun dirimu kini jauh daripadaku,namun bisikan cintamu mendinginkan jiwaku bak angin malam...Hidup ini bukan lagi dalam mimpi kerana kini dirimu kembali dialam realiti..Tiada siapa pun yang perasan isi hatiku yang penuh kerinduan.Hanya dirimu yang sudi mendasari setiap pelusuk jiwaku..Dulu aku seorg diri mengejar mimpi2 yang tak pasti,namun kini mimpiku bertukar menjadi realiti...terima kasih cinta....
Cintaku,
aku jatuh cinta terhadap dirimu,menyukaimu & memikirkanmu..Apakah kau punya perasaan yg sama sepertiku??Saat ini aku benar2 ingin memilikimu!Biar sejuta wajah yang kutemui,namun keikhlasan nalurimu telah merungkai jiwa ini untuk terus menyayangimu seadanya.Aku pasti jua yakin pada diriku sendiri bahawa aku tidak silap dlm menyintaimu....Sesungguhnya tiada apa yang dapat kuharapkan darimu melainkan keikhlasan,kejujuran dan kesetiaan...ketahuilah bahawa kau adalah insan teristimewa selamanya dalam jiwa...Rasanya tidak mungkin kau tidak mengetahui perasaan hatiku.Dari sikapku, kesetiaanku, bukankah sudah dapat diduga apa maksudku?
Hidupku dgn harapan dan matiku kerana kerinduan....hidupku penuh harapan padamu dan berapa kali pun aku telah mati,namun rinduku padamu tiada akan pernah bertitik noktah... Cintaku pada dirimu tidak ada penghujungya...Hanya Tuhan yang tahu betapa aku mencintai dirimu... Ketahuilah bahawa hanya dirimu yang menjadi impian kasihku selama2nya.. Pabila kulihat bintang2 bergemerlapan di sana,aku bahagia kerana ku tahu saat itu bukan hanya aku menahan kerinduan malah dirimu juga turut sama merinduiku..
Masih ada pertanyaan kenapa harus kau yang ku pilih, terus terang,aku tak tahu, mungkin kerana kata-kata,tak sanggup lagi menyampaikan isyarat hatiku
Posted by iz_itachi.. at 1:47 AMSaturday, August 28, 2010
Aku bukannya NABI mahupun RASUL,makanya aku tidak sempurna.Ku tidak luput dari dosa..
Aku hanya manusia biasa yg sentiasa melakukan kesilapan jadi maafkan aku kerna aku tidak mampu memuaskan semua yang dirimu harapkan dari diri ini..dan aku tidak mampu menjadi manusia sempurna seperti apa yg dirimu dambakan.
Aku juga bukanlah MALAIKAT yang tidak punya perasaan apa-apa..jadi kadang kala aku bisa berasa gembira atau mungkin juga marah.Andainya itu terjadi dan engkau kurang menyenanginya,ku susun jari memohon kemaafan..tidak terjangka itu yang bakal terjadi...
Hidup ini memang diisi dengan pelbagai kisah dan coraknya.ada yang cantik,ada yang malap,ada yang kusam,ada yang terang.Semuanya bergantung kepada diri kita untuk mendepani dan mengukir corak kehidupan yang kita ingini.saya tidak ingin meminta lebih selain hidup saya sentiasa diberkati...
Hati oh hati! Jangan terlalu mengikut kata hati.kelak nnti mmbawa padah.'Kegilaan' itu hanyalah seketika.Ibaratkan ia sbg sst yg dilakukan secara suke2.Aku tak pernah berubah.Masih lg manusia yg sama.Tetap juga hambaNYA yg tersgt2 kerdil.Walau pernah terluka, itu tidak bermakna aku harus menangis dan menangis.Kehidupan masih berjalan!Maka... dengan 'kegilaan' itu,aku kini berjaya menjadikan diriku kembali normal spt dulu.Atas izinMU jua...
Lately ni bila sorang-sorang, aku selalu diserbu perasaan yang tak menentu. Setiap saat dan waktu, mood asyik nak bertukar ganti. Sampaikan aku rasa, apa yang berlaku pada aku skrang ni susah nak dikawal.Entahlah. Aku memang tahu apa yang sedang aku lalui tapi sengaja aku menafikan. Pada aku memikirkan sekelumit masalah yg sedang aku hadapi kebelakangan ni, ia membuatkan aku jd seorang yang tak reti nak bersyukur pd apa yang aku dah miliki. Yelah...sebab terpengaruh punya pasal, aku asyik nak berubah jd seseorang yang bukan diri aku. Konon-konon nak jadi yang terbaik, hakikatnya... aku menyebabkan minda aku pusing dan pening untuk mengubah apa yang ALLAH dah terhadkan untuk aku. Kan?
Buat cintaku,
Terima kasih diucapkan.Ayg ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kat Bby..mungkin bby pernah berkecil hati dengan layanan ayg selama ini..dengan kerendahan hati ayg pohon keampunan...Ayg berharap diri ayg akan membawa kebahagiaan buat bby.Namun,itu semua hanya mampu ditentukan oleh ALLAH.Ayg sebagai makhluknya hanya mampu berdoa dan menadah tangan meminta agar setiap perjalanan hidup kita selepas ini sentiasa dirahmati dan dilindungi dari segala malapetaka dunia...Ayg sekadar menumpang di dunia ini...Selagi ada umur,selagi itulah ayg mencintai,semoga cinta itu dirahmati dan diberkati...Dan sebelum ayg menutup mata,ayg nak bby tau bahawa ayg bahagia bila bby ada..dan sebagai manusia,ayg ikhlas dan tulus menyayangi dan juga menyintai bby..KERANA ALLAH AZZA WAJALLA....cinta yg ada didalam hati ayg ni akan ayg bawa sampai nafas ayg yg terakhir...Mohd Faiz Zulkefle,saya cintakan awak~
Ketahuilah bahawa…
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Sayangku...usah menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada ia menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA
Lapanglah hati,
Tenanglah jiwa...
Setiap yang datang tidak diminta,
Kegembiraan datang selepas kehilangan,
Kedukaan tiba dengan kekecewaan,
Datang & pergi itulah hakikat kehidupan
Realitinya, bertemu tidak diundang & dirancang
Berpisah tanpa alasan & tafsiran,
Meninggalkan dihati pelbagai persoalan
Sabarlah hati,
DIA Tahu dirimu mampu mengharungi mehnah
Walau menempuhi naluri & sanubari seorang wanita
Semua itu pasti ada hikmahNYA yang tersembunyi
Masakan setelah gagal dan jatuh cinta
DIA datangkan hamba memberi semangat dan kebangkitan
Kini...
Entah kemana membiarkan perasaan dengan kesengsaraan dan kehancuran
Harungilah cabaran dengan tabah
Tiada lagi kekesalan mahupun kedukaan yang perlu disimpan
Kerana kepahitan dan pengalaman ini yang membawa kepada kelalaian
Cukup mengajar erti sebenar cinta dan kehidupan yang berpaksikan kepada Allah dan Rasulullah.
Menyingkap tabir hati,
Menyelami perjalanan insani
Merentas lorong berliku
Melalui Penyelusuran mujahadah dan muhasabah.
Inilah dari yang diriku idamkan
Setelah puas meredah nafsu duniawi
Cukuplah DIA bagiku dan
CintaNYA mengiringi kembara hidupku
~sangputery~
hati ini kotor hilang entah ke mana
cahaya dulu mula bersirna
setelah diri dikuasai nafsu dan syaitan tak berguna
aku bermohon kepada MU ya Robbi
agar kembalikan aku ke jalan MU
bawa aku bertemu hidayah MU
cahaya yang nenerangi hati yang gelap dan pudar
tapi mengapa
sekali aku hijrah
mudah sangat aku kalah
oleh nafsu yang serakah
membuat aku mengalah
tak henti ku berdoa
merintih sakit dgn kemungkaran
dilakukan setiap kali bahkan setiap hari
bila lagi aku hendak berhijrah
penat lesu keletihan
tolonglah ya Allah
aku mohon
kuatkanlah aku
dalam menghadapi ujian dari Mu
selama ini kumencari ketenangan
tetapi tidak juga kutemui
terlalu penat rasanya ku cari ketenangan
kini baru ku fahami
hanya cinta kepada-MU sahaja
yang mampu memberiku ketenangan...
Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhanku Yg Maha Quddus,
ampuni hamba-Mu ini....
Terima kasih untuk saat-saat yang indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu,
Aku datang bersujud di hadapan-Mu,
Sucikan hatiku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku,
Gantikan damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.
Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, Ya Allah..
Tolonglah satukan hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seutuhnya,
Berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu
Allah yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bagian hidupku, Ya Allah..
Amin..
Wednesday, August 25, 2010
lpas cuti,assignment mlambak..tp aku cool je...gaya cm dh siap...."weh along...ko siap dh ke esaimen 2?"...aku jwb la "lma siap dh",smbil wt mke blagak...padahal ati tgh menangis sbb byk gle kje nk wt..wt slow2 dlu..deadline lmbt g.....klu x sempat leh wt mke kesian kt lect suh pnjangkn deadline...konpem buleh pnya la..klu ditambah dgn kta2 bodekan dan pujian,peluang deadline dipnjangkn meningkat 200%..ahaks...konpiden gle....lect 2 mmg best..kcik2 slalu men guli ngn aku...kamcing dh..hahahahaha...tp malangnya xpat jmpa dia sem dpn...huhuhu..sdih wooo..aku kne pindah ke unisel shah alam..sbb fakulti aku pindah ke sne,di sebaliknya fakulti biotek pndah ke cni,amik alih bgunan bisnes.....1 je aku rsaukn...diorg bg hostel ke x?dgr kta hostel sne ssah gle nk dpt..pasal rmai yg apply..klu x kne sewa luar r.....aku ni bkn de duit sgt pn..klu sewa mau 4,5 ratus...duit ptptn pn x pat g..cne nk dpt,borang pn x isi g...pinjaman dh dluluskn..alhamdulillah.....
p/s : korg jgn la ltak video meloyakn kt fb..klu aku trtgk,aku xkn brenti tgk..pas dh tgk,rsa nyesal lak tgk..huhu